
LATEST RENUNGKAN BERSAMA DOA PEMBUKA APA YANG TERTUTUP Surah Al-Fathi:1,2&3) (1) Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (Wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata,
(2) kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menanbahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya)
(3) dan Dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...'
----Kegunaan: Untuk membuka apa yang telah tertutup atau terkunci (Rohani & Jasmani) seperti Hati, Fikiran, Pintu Rumah, Peti dan seumpamanya------www.darussyifa.org)
BERSELAWAT DALAM BERDOA Doa adalah suatu permintaan kepada Allah,yang biasa dipohonkan sebaik-baik saja berwirid memuji kebesaran Allah selepas setiap sembahyang. Ini adalah disebabkan doa selepas setiap sembahyang fardhu itu merupakan diantara waktu-waktu yang diperkenankan doa.
DOA KETIKA DI TIMPA KESUSAHAN DAN KEPEDIHAN Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Hibban, sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"Tidak seseorang pun yang ditimpa kepedihan dan kesusuahan lalu ia membaca doa:-
Ya Allah, Ya Tuhanku! Sesungguhnya aku adalah hamba Mu, anak hamba Mu dan anak perempuan hamba Mu juga, ubun-ubunku berada di tangan Mu, hukum Mu berlaku pada diriku, keputusan Mu selalu lurus pada diriku!kini aku minta kepada Mu dengan seluruh nama yang Engkau sendiri menamakan diri Mu dengan nama itu, atau nama yang Engkau turunkan dalam kitab Mu atau nama yang Engkau ajarkan nya kepada seseorang dari makhluk Mu, atau dengan nama yang sangat berpengaruh disisi Mu dalam mengetahui yang ghaib, kiranya Engkau jadikan al-Quran itu sebagai pelibur hatiku, sebagai cahaya penerang dadaku, sebagai pelepas kesedihanku dan sebagai penawar kepedihan ku.
Melainkan Allah akan menghilangkan kepedihan dan kesusahannya serta menggantinya dengan tempat yang lebih menyenangkan.
Dipetik dari:
Amalan Sunnat
Pusat Dakwah Islamiah
Kementerian Hal Ehwal Ugama
Negara Brunei Darussalam
Doa Sembahyang Dhuha Ya Allah! Bahawasanya waktu Dhuha itu ialah Dhuha-Mu, Kecantikan itu ialah Kecantikan-Mu, Kekuatan itu ialah Kekuatan-Mu, Kekuasaan itu ialah Kekuasaan-Mu dan perlindungan itu ialah Perlindungan-Mu.
Ya Allah!Jika sekiranya rezekiku masih di langit, turunkanlah ia. Jika ia ada di perut bumi, keluarkanlah ia. Jika sukar, maka mudahkanlah ia. Jika ianya (daripada yang)haram,maka sucikanlah ia. Jika ia masih jauh,maka dekatkanlah ia dengan berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan-Mu. Berikanlah kepadaku sepertimana yang telah engkau berikan pada hamba-hambaMu yang shaleh.Amin...
Doa memulakan pekerjaan Ya Allah Ya Tuhan Kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu kebaikan hari ini dan kebaikan yang ada pada hari ini dan kami berlindung kepada Mu daripada keburukan hari ini dan keburukan yang ada pada hari ini.
Ya Allah Ya Tuhan Kami, sucikanlah hati kami daripada sifat nifaq (munafiq), pekerjaan kami daripada berkata bohong dan mata kami daripada berlaku khianat. Maka sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala mata yang berlaku khianat dan apa yang disembunyikan oleh dada-dada. Amin.
(petikan dari Sembahyang Sunat dan Kerugian Mengabaikannya-Sembahyang Kewajipan Asasi)
Doa untuk Kedua ibu-bapa Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.
Untuk Kebahagiaan sekeluarga Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.
Mendapat Keturunan yang baik Wahai Tuhanku! Berilah kepadaku dari pihak-MU keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkau mendengar doa.
You need to be a member of DOA to add comments!